Assalammualaikum bro
Inilah post saya yang kedua.
Wang berguna untuk pelbagai urusan jual beli.Sebelum wang dicipta,manusia bejual beli dengan cara bertukar barang.Pada hari ini,jual beli menjadi mudah dengan terciptanya wang.
Mata wang negara kita dinamakan Ringgit Malaysia.Peniaga dan pembeli menggunakan Ringgit Malaysia untuk urusan jual beli dalam negara.Wang ini tidak digunakan untuk urusan jual beli di negara lain.
Ringgit Malaysia dicetak dalam bentuk wang kertas dan wang syiling.Wang kertas itu mempunyai nilai RM1,RM5,RM10,RM20,RM50 dan RM100.Wang syiling pula mempunyai nilai 5 sen,10 sen,20 sen dan 50 sen.
Wang Malaysia mempunyai ciri keselamatan.Ciri ini penting untuk membezakan wang yang sah dengan wang yang palsu.Wang palsu tidak boleh digunakan untuk sebarang urusan jual beli kerana wang itu tidak sah.
No comments:
Post a Comment